BERITA UTAMA
Dakwaan 'gua kosong' bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal di UM

Dakwaan ‘gua kosong’ bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal di UM

KUALA LUMPUR – Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan terdapat ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal berkhidmat di universiti berkenaan.

Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Geologi UM berkata tiada ahli geologi bernama “Sarah Jamal” didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

“Kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.

“Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa, memandangkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan selain punca kejadian masih tidak dipastikan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu artikel tular di media sosial yang kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal yang mendakwa terdapat “gua kosong yang amat besar” di bawah bandar raya Kuala Lumpur. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *