SEBELUM ini tular mengenai isu Mahkamah Perlembagaan kerajaan Thailand memecat Perdana Menteri, Srettha Thavisin.
Srettha Thavisin didapati bersalah kerana melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin.
Bekas peguam tersebut dikatakan mempunyai sabitan jenayah yang kemudian dilantik sebagai menteri Kabinet.
Disebabkan itu Ahli Parlimen Thailand dalam undian memilih Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri terbaru mereka.
Baru berusia 37 tahun, Paetongtarn, anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatra adalah pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand.
Paetongtarn juga adalah orang ketiga dalam keluarganya yang menjawat jawatan tertinggi negara.
Bapanya, Thaksin, menjadi perdana menteri dengan Parti Thai Rak Thai pada 2001 sebelum beliau digulingkan oleh rampasan kuasa tentera pada 2006.
Tidak hanya itu, ibu saudara Paetongtarn, Yingluck Shinawatra juga pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dan menjadikan dia perdana menteri wanita kedua.
Menurut AFP, Parti Pheu Thai memilih Paetongtarn sebagai calon penggantinya pada Khamis.
Tiada satu pun daripada 10 parti lain dalam gabungan yang dipimpinnya mengemukakan alternatif.
Bhumjaithai, parti ketiga terbesar di Parlimen berkata, ia telah ‘bersetuju untuk menyokong calon’ dari Pheu Thai dalam undian semalam.
Paetongtarn juga membantu mengendalikan cabang hotel empayar perniagaan keluarga itu sebelum memasuki politik pada penghujung 2022.
Beliau kemudian terus terbabit dalam politik dengan menyertai kempen pilihan raya umum (PRU) tahun lalu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252