BERITA UTAMA
PRK Nenggiri: UMNO, BN kembali jadi pilihan orang Melayu

PRK Nenggiri: UMNO, BN kembali jadi pilihan orang Melayu

BARISAN NASIONAL (BN) dan UMNO kembali menjadi pilihan orang Melayu apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dengan majoriti besar, sebanyak 3,352 undi.

Mohd Azmawi Fikri yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan menewaskan calon Bersatu dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail dengan empat kali ganda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung semalam.

Keputusan itu jelas menunjukkan isyarat penolakan rakyat Nenggiri terhadap Pas dan Bersatu dalam PN.

Ini merupakan satu tamparan hebat dan tepat ke muka Pengarah Pilihan Raya PN bagi kerusi DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa dan rakannya yang saban hari menghantam  Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya mengemudi parti itu ke jalan yang salah.

Malah, Ahmad Zahid menunjukkan kejayaannya mengetuai jentera UMNO dan BN sehingga Mohd Azmawi Fikri merampas kembali kerusi yang hanya sempat dirampas kurang satu penggal pilihan raya oleh Bersatu menerusi Mohd Azizi Abu Naim yang dimenanginya pada PRU-15 hampir dua tahun lalu.

Keputusan Ahmad Zahid memilih dan meletakkan calon orang muda serta mengumumkan nama calon lebih awal merupakan strategi yang berjaya menyumbang kemenangan besar kepada parti.

“Saya masih ingat Datuk Seri Ahmad Zahid pernah tekankan bahawa perlunya BN bergerak sebagai satu entiti bagi memastikan maklumat sampai kepada golongan sasaran dan melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan fungsi serta peranan penerangan parti terus menjadi medium terpenting dalam menyebarkan maklumat parti kepada rakyat.

“Bukan itu sahaja, percaturan ‘berdiam diri’ tanpa sebarang ceramah mega, tidak menjawab ‘tuduhan’ yang dilemparkan oleh lawan, tidak menyerang pihak lawan dan hanya tumpukan penerangan serta hala tuju parti menjadi penyumbang kepada kemenangan di Nenggiri.

“Kali ini taktikal BN telahpun berjaya di PRK di Nenggiri. Syabas kepada semua jentera yang bertungkus lumus memenangkan UMNO/BN. Semoga Allah memberi balasan yang baik atas usaha-usaha kita ini.

Kepada YB Awie, ‘Suara Nenggiri’ pasti diangkat dengan lantang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan nanti. Selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat.

Hayati Sirah Nabi SAW: “Malaikat pun lari meninggalkan orang yang memaki hamun.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a, sedangkan Nabi SAW sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya, sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi SAW terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi SAW tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi SAW begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi SAW di belakang Baginda dan berkata: Ya Rasulullah SAW, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, engkau nampaknya marah dan bangun?

Nabi SAW menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu, yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu. – ND

Penulis adalah Datuk Mohd Asna Amin, Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *