BERITA UTAMA
PRK Nenggiri: BN jauh mendahului calon PN

BN rampas semula kubu Nenggiri

GUA MUSANG – Tepat jam 6 petang, semua 20 pusat pengundian dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri ditutup bagi membolehkan proses pengiraan undi dilakukan.

Pilihan raya kecil yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) berlangsung jam 8 pagi tadi.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak mengundi dan peratusan keluar mengundi telah melebihi daripada jumlah disasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), apabila merekodkan lebih 71 peratus.

Berikut kronologi selepas jam 6 petang:-

6 petang: Semua 20 pusat pengundian ditutup

6.20 petang: Pemimpin PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar mendakwa lebih 2,000 pengundi PN tidak keluar mengundi “gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit.”

Pun begitu Annuar tidak menjelaskan kaitan antara perkara ini.

Pemimpin Pas itu juga mendakwa peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada hari ini mungkin memberi kelebihan kepada BN.

6.36 petang: Tidak rasmi – BN mendahului dengan 1,592 undi

BN menang di enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil (PRN) DUN Nenggiri.

Enam PDM terbabit adalah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Pos Simpor dan Pos Sungai Wias.Kemenangan di enam PDM itu dengan majoriti 1,592 undi.

6.40 petang: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 2,278 undi berbanding PAS 597 undi setakat jam 6.40 petang ini. Tujuh daripada 20 PDM dimenangi BN setakat ini

7 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 3,447 undi berbanding PAS 1,490 undi. Hingga kini 7 daripada 20 PDM dimenangi BN

7.14 malam: TIDAK RASMI: Sembilan PDM yang dimenangi BN adalah Tohoi, Sungai Wias, Kuala Sungai, Serian, Pos Simpor, Sungai Puian, Bertam Baru, Star, Sungai Jenera.

7.15 malam: TIDAK RASMI: PDM KESEDAR Limau Kasturi menjadi PDM pertama yang dimenangi PAS.

7.17 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,305 undi berbanding PAS 3,635 undi sehingga jam 7.15 petang. Sehingga kini 11 PDM dimenangi BN dan satu dimenangi PAS.

7.18 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan majoriti 2,763 undi.

7.25 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,911 undi berbanding PAS 4,109 undi. Setakat jam 7.25 malam, 11 PDM dimenangi BN, 2 PDM dimenangi PAS.

7.30 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS setakat jam 7.30 malam. Hanya 6 PDM yang belum selesai pengiraan undi.

8 malam: Mohd Azmawi Fikri berjaya merampas kerusi DUN Nenggiri dengan menewaskan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail.

BN mendahului dengan majoriti besar 3,026 undi selepas meraih 8,202 undi berbanding Pas 5,176 undi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *