Pelarasan gaji baharu untuk 1.6 juta penjawat awam diketahui hari ini

Pelarasan gaji baharu untuk 1.6 juta penjawat awam diketahui hari ini

PUTRAJAYA – Selepas 13 tahun tiada semakan gaji penjawat awam, tumpuan 1.6 juta “tulang belakang” kerajaan itu pastinya terarah kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berhubung perincian pelarasan gaji untuk penjawat awam seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa pengumuman berkaitan perkara itu, yang sedikit sebanyak membari gambaran “durian runtuh” untuk penjawat awam.

Pada sambutan Hari Pekerja, Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pelarasan gaji bagi penjawat awam melebihi 13 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seawal 7 pagi, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sudah sesak dengan kehadiran lebih 3,000 penjawat awam daripada pelbagai kementarian dan agensi.

Bagai menantikan khabar gembira, rata-rata hadirin kelihatan ceria dan masing-masing mengenakan pakai rasmi kementerian atau agensi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *