BERITA UTAMA
Johor memang harmoni, cuma Amanah yang buat hal

Johor memang harmoni, cuma Amanah yang buat hal

Oleh: Senator Dato’ Abdul Halim Suleiman

SAYA terpanggil untuk menjawab gesaan daripada Timbalan Pengerusi Amanah Johor yang mahu Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz segera mewujudkan suasana harmoni antara UMNO-BN dan PH di negeri itu adalah satu kenyataan yang tak cermin diri sendiri.

Selama ini memang suasana politik dan pentadbiran negeri Johor berada dalam aman damai dan harmoni selepas PRN dan PRU15 lalu, di mana sebelum ini PH terutamanya DAP serta PKR menghormati kedudukan pucuk pimpinan kerajaan negeri. Ini kerana dua parti itu faham, Kerajaan Negeri Johor sekarang ini dibentuk sebelum PRU15 dan sebelum adanya Kerajaan Perpaduan.

Malah, bekas Timbalan Presiden Amanah yang juga Pengerusi PH Johor, Allahyarham Salahuddin Ayub juga pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2023 yang PH Johor tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor walaupun di peringkat pusat PH dan BN bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.

Tapi, cuma Amanah Johor saja yang nak cari pasal atau buat hal dengan ungkitkan mengenai lantikan Exco dan jawatan Ketua kampung di Johor.

Malah, Amanah Johor juga kata tiada istilah parti penyandang atau ‘Principle of Incumbency’ kepada 56 kerusi DUN di Johor, kerana mereka merasakan PH di negeri itu dianggap sebagai pembangkang.

Mungkin Amanah Johor lupa mengenai dua PRK lepas iaitu kerusi Parlimen Pulai dan Simpang Jeram di mana UMNO relaks saja beri laluan kepada calon mereka untuk bertanding walhal UMNO boleh saja tuntut dua kerusi itu kerana sudah jadi kerusi tradisi UMNO.

Tapi, UMNO berlapang dada dan siap beri bantuan jentera kempen dan sokongan sepenuhnya kepada dua calon Amanah itu sampai mereka menang. Memang betullah peribahasa kacang lupakan kulit.

Apatah lagi dengan kedudukan Amanah Johor yang serba kekurangan dari segi ahli dan jentera parti serta hanya mengharapkan undi daripada bukan Melayu saja, sedangkan DUN Mahkota merupakan kawasan majoriti Melayu.

Adakah Amanah Johor sekali lagi nak tunggang jentera kempen UMNO dan tagih undi daripada orang UMNO untuk menangkan mereka lagi? Tepuk dada tanya iman bukannya tanya nafsu.

Biarlah UMNO-BN terus kekal bertanding di kerusi tradisi itu. Amanah Johor kena hormat UMNO macam mana UMNO beri laluan kepada mereka sebelum ini.

Jadi, Amanah Johor tak perlulah ‘playar victim’ kononnya mereka dianiaya, diketepikan dan dianggap pembangkang. Sepatutnya Amanah Johor ambil sikap dan pendekatan lebih harmoni serta profesional macam DAP dan PKR Johor yang menghormati UMNO-BN di negeri ini.

Lagipun sepanjang pentadbiran Datuk Onn Hafiz ini, semua pihak terima layanan yang adil tanpa mengira mereka daripada UMNO-BN mahupun PH.

Belajarlah bersyukur dan jangan hanya fikir nak kejar kuasa serta jawatan saja. Biarlah masing-masing fokus kepada usaha untuk bantu rakyat dan terus memajukan ekonomi Johor daripada nak mengganggu gugat suasana harmoni yang wujud sekarang ini.

Penulis, Senator Dato’ Abdul Halim Suleiman adalah Ahli Dewan Negara merangkap Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *