SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang tadi adalah Nidza Afham.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
“Ya. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Nidza Afham, 23, atau nama sebenar Muhammad Nidza Afham Mokhtar dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, pada jam 11.53 malam semalam.
Bagaimanapun, dompet dan telefon bimbit Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang, lapor Harian Metro.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252