BERITA UTAMA
Kekejaman Israel makin melampau dan menjadi-jadi

Kekejaman Israel makin melampau dan menjadi-jadi

KEJAHATAN melampau, kekejaman melampau, kezaliman melampau rejim zionis Israel ke atas umat Islam Palestin semakin menjadi-jadi.

Setiap hari berpuluh dan beratus rakyat Palestin yang tidak berdosa syahid, sama ada dibom, ditembak dan dibunuh oleh tentera zionis yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

Anehnya, negara barat seperti Amerika Syarikat diam membisu dengan kekejaman yang dilakukan anak buahnya itu di bumi Gaza.

Mereka hanya akan bersuara mengutuk dan mengecam jika berlaku kematian ke atas seorang atau dua orang rakyat Israel. Betapa kejamnya manusia dari kaum yahudi ini.

Mereka mengebom bangunan penempatan pelarian rakyat Palestin, meranapkan hospital dan menghancurkan bangunan sekolah yang menempatkan anak-anak Palestin. Bergelimpangan mayat-mayat para syahid di bawah runtuhan konkrit.

Ada Amerika dan negara sekutu zionis bersuara mengecam perbuatan terkutuk Israel itu? Ada masyarakat antarabangsa bersolidariti, menekan Israel supaya menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu?

Tidak ada. Semua diam membisu kalau berlaku ke atas umat Islam Palestin. Tetapi, mereka hanya bersuara mengutuk apabila sebuah roket dron entah dari pihak mana meletup dan merosakkan padang bola di Israel minggu lalu.

Itulah kecaman pertama Amerika Syarikat sejak zionis menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Dalam beratus, malah beribu kejadian serangan dari zionis yang membunuh puluhan ribu umat Islam, mereka diam membisu. Mereka butakan mata, pekakkan telinga, mereka membisukan mulut dari bersuara.

Sebab itu, pada Pak Dee, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Amerika, kita umat Islam di Malaysia tidak perlu nak berpihak kepada mana-mana calon Presiden.

Mereka sama sahaja, hati berjiwakan syaitan. Mereka akan tunduk dan patuh kepada Israel kerana kemenangan mereka adalah daripada undi dan golongan berpengaruh yahudi.

Pak Dee terzahir untuk mengutuk tindakan kejam zionis ini apabila dalam kejadian terbaharu media melaporkan sepanjang 304 hari pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, pendudukan Israel telah menculik lebih daripada 2,000 mayat syahid dan orang mati dari berpuluh-puluh tanah perkuburan di wilayah Gaza.

Mereka menggunakan jentolak dan kenderaan tentera membalikkan kubur-kubur para syuhada dan ahli syurga yang dibunuh oleh rejim zionis laknatullah.

Walaupun perbuatan mereka jelas melanggar nilai kemanusiaan dan perasaan kemanusiaan, tetapi apa mereka kisah? Mereka mencincang mayat-mayat syahid pun tidak ada sesiapa yang larang atau tegur.

Malah, kekejaman itu dilindungi lagi oleh polis dan tentera Israel.

Sedih dan amat mengecewakan sekali sikap pemimpin barat yang tidak henti-henti bercakap soal kemanusiaan. Itu hanya hipokrit semata-mata. Hakikatnya, mereka menggalakkan pembunuhan orang kafir ke atas umat Islam.

Benci sungguh mereka kepada umat Islam. Tidak terkecuali juga beberapa negara arab yang pro-barat. Mereka langsung tidak menunjukkan simpati atau belas kasihan kepada saudara seagama yang ditindas, dinafikan hak untuk hidup. – NasionalDaily 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *