Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal

Malaysia Airlines sahkan pesawat MH156 alami masalah teknikal

SEPANG – Malaysia Airlines mengesahkan insiden pesawat MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah, yang terpaksa berpatah balik susulan masalah teknikal sejurus selepas berlepas.

Dalam satu kenyataanhari ini, kenyataan itu berkata, pesawat tersebut selamat mendarat pada jam 4.56 petang.

“Kesemua penumpang telah disediakan tempat penginapan sementara di sebuah hotel, dan penerbangan baharu dijadualkan pada jam 9 pagi, 5 Ogos 2024,” menurut kenyataan itu lagi.

Malaysia Airlines berkata, keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta krew menjadi keutamaan mereka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pesawat berkenaan, yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.

Difahamkan penerbangan tersebut membawa 259 jemaah daripada bawah dua agensi untuk melakukan ibadah umrah.

Seorang penumpang mendakwa, kapal terbang tersebut mengalami gegaran sewaktu berlepas, dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat tersebut yang berlepas kira-kira jam 2.50 petang, mencapai ketinggian 10,000 kaki, kemudian mula turun ke paras 6,000 kaki pada pukul 4.15 petang, sebelum melakukan beberapa lagi pusingan dan akhirnya selamat mendarat kira-kira jam 5 petang. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *