ADUN Mahkota meninggal dunia

ADUN Mahkota meninggal dunia

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka mengenai pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi Jumaat.

Allahyarham Sharifah Azizah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini sejak hujung bulan lalu akibat pendarahan dalaman.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *