JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift

JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta kerja-kerja di kawasan kejadian seorang pekerja asing maut dihempap jentera pengangkut (forklift) di sebuah kilang pembuatan, di sini.

Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata kemalangan membabitkan pekerja lelaki itu berlaku pada 9.40 malam Isnin lepas dan mangsa ialah pemandu forklift berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang menjalankan kerja mengangkat dan memindahkan barang-barang di dalam kawasan logistik di kilang itu, dia dilaporkan dihempap oleh forklift yang hilang keseimbangan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sepasukan pegawai penyiasat dari JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima pemberitahuan mengenai kes kejadian kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kilang berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada pihaknya, tambah Hairozie

“Kami akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti serta lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *