Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mengesahkan tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-13 dunia itu cemerlang apabila melakar kemenangan straight set 21-18, 21-9 ke atas lawan dari Indonesia itu pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, lapor BH Online.

Keputusan itu membolehkan Pearly-Thinaah melangkah ke kelompok lapan terbaik selaku naib juara kumpulan, di belakang pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang merekodkan kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan.

Pearly-Thinaah pula hanya tewas di tangan Qing Chen-Yi Fan dalam aksi pertama sebelum menundukkan pasangan nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, kelmarin dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia.

Lebih membanggakan, bekas juara Terbuka Perancis itu menjadi beregu wanita kedua negara yang berjaya melangkah ke suku akhir di pentas Sukan Olimpik selepas gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei ketika itu gagal ke separuh akhir tewas di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.

Undian suku akhir beregu wanita dijadual diadakan selepas tamat semua aksi peringkat kumpulan, awal pagi esok. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *