2 penuntut Universiti of Seoul lemas ketika mandi di Lubuk Kain

2 penuntut Universiti of Seoul lemas ketika mandi di Lubuk Kain

DUNGUN – Dua penuntut Universiti of Seoul di Korea lemas ketika mandi bersama lima rakan di kawasan air terjun Lubuk Kain, di Hulu Dungun di sini, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Noor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan penduduk Kampung kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Muhammad Danial Danish berasal dari Taman Astana View di Kuantan, manakala Nor Mukhriz dari Perumahan Guru di FELDA Bukit Kuantan.

Kedua-dua mereka dikatakan sudah dua minggu pulang dari Korea bercuti di rumah mereka di Kuantan.

Rakan mangsa, Mohd Azim Azad, 20, berkata, mereka bertolak dari Kuantan kira-kira jam 8 pagi dan mula mandi di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari.

“Ketika mandi, kami bertiga dihanyutkan arus kuat dan mereka (Muhammad Danial Danish dan Nor Mukhriz) sempat pegang tangan saya, namun arus kuat menyebabkan kedua-duanya terlepas daripada pegangan.

“Saya bernasib baik kerana sempat mencapai pelampung dilempar seorang penduduk, namun mereka berdua tenggelam ke dasar.

“Meskipun bersyukur terselamat, saya sedih kerana gagal menyelamatkan dua rakan saya itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan penduduk kampung yang turut membantu operasi pencarian pada kedalaman kira-kira 10 meter dari permukaan air tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *