8 orang awam maut dalam serangan udara ke atas kawasan pasar di Myanmar

8 orang awam maut dalam serangan udara ke atas kawasan pasar di Myanmar

NAYPYIDAW – Sekurang-kurangnya lapan orang awam maut dan lapan lagi cedera dalam serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah kawasan pasar di utara Negeri Shan, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan, pada Sabtu.

Serangan itu berlaku di Bandar Hsenwi dalam Wilayah Lashio, menurut akhbar Irrawaddy.

Hsenwi berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak, Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanma- (MNDAA), tahun lepas.

Sekurang-kurangnya 38 orang awam terbunuh di Wilayah Lashio antara 3 hingga 19 Julai berikutan pertempuran antara tentera dengan kumpulan pemberontak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Februari 2021, tentera Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan pimpinanan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi.

Sejak itu, negara di Asia Tenggara itu menghadapi masalah sosial, politik dan ekonomi yang serius apabila pihak tentera mengambil tindakan terhadap mereka yang dianggap sebagai penentang.

Sejak Oktober lepas, pertempuran antara tentera dan kumpulan penentang bersenjata semakin meningkat dan merebak ke hampir seluruh Myanmar.

Lebih daripada 2.8 juta penduduk negara itu terpaksa berpindah sementara sekurang-kurangnya 18 juta memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *