Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan

Kes bunuh Farah Kartini: Kad sim suspek dianalisa

HULU SELANGOR – Kad sim dipercayai digunakan anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisa,” katanya kepada Berita Harian hari ini.

Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses analisa ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25, ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

Untuk rekod, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan mangsa diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suspek dibawa ke sebuah kebun ubi dekat Kampung Klan Halt dekat Slim River yang menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan polis dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan.

Menurut Mohd Asri, siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *