Hubungan saya, Nedim seperti abang dan adik - Zarina

Hubungan saya, Nedim seperti abang dan adik – Zarina

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan hubungannya dengan Nedim Nazri umpama abang dan adik.

Zarina, 37, menjawab dakwaan menjalin hubungan dengan bekas suami Nora Danish susulan luahan kerinduan dalam Instagram Stories, baru-baru ini.

Katanya, dia mengenali Nedim sejak usia 19 tahun, malah keluarga Nedim termasuk bapanya, Datuk Seri Nazri Aziz juga mengetahui persahabatan mereka.

“Kami sudah lama berkawan, ada yang bertanya kenapa saya tak pernah kongsi selama ini.

“Ya, bukan semua benda saya nak dedahkan termasuk dengan siapa saya berkawan. Sesetengah perkara saya tak mahu orang tahu.

“Nedim ibarat abang, hubungan kami tiada yang pelik-pelik. Kami berhenti berkawan selepas Nedim berumahtangga.

“Bila masing-masing sudah berkahwin, kami berhenti berhubung sebagai menghormati antara satu satu sama lain,” katanya.

Zarina berkata, statusnya sebagai janda juga tidak manis untuknya berhubung dengan lelaki bergelar suami orang.

Katanya, Nora mengetahui mengenai persahabatannya dengan Nedim, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, mereka hanya kembali berhubung selepas Nedim dan Nora bercerai, tetapi hubungan masih kekal sebagai abang dan adik.

“Memang benar kami kembali berhubung, tetapi hanya bertanya khabar dan tak lebih daripada itu.

“Tapi, sekiranya ada yang cuba nak buat spekulasi dan memfitnah, tolong hentikan kerana Nedim seorang yang baik.

“Dia bukan kaki perempuan, kalau sayangkan seorang, Nedim akan menyayangi sepenuh jiwa.

“Nedim sangat menghormati wanita, sangat menyayangi dan sentiasa sayang kepada Nora,” jelasnya lagi.

Justeru, Zarina memohon agar pasangan itu tidak diganggu dan diberikan ruang mengubati kedukaan hati masing-masing.

“Tolong jangan ganggu mereka, beri ruang dan marilah sama-sama kita mendoakan mereka,” katanya.

Terdahulu, pelakon sensasi itu memuat naik hantaran dalam Instagram ‘I miss you Boss Ned’ selang beberapa hari selepas Nora dan ahli perniagaan itu bercerai.

Perkongsian Zarina mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen sehingga ada yang tertanya-tanya reaksi Nora biarpun mereka sudah berpisah pada 16 Jun lalu selepas tujuh tahun melayari rumah tangga. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *