Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh

Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, pada jam 2.14 petang.

Turut kelihatan mengiringi van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu beberapa kenderaan ahli keluarga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenazah dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, lewat petang ini.

Sementara itu di Pekan, Pahang, orang ramai dilihat sudah mula memenuhi tanah perkuburan bermula jam 4 petang tadi, bagi menghadiri upacara pengebumian jenazah Nur Farah Kartini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Difahamkan, selain penduduk kampung sekitar, kenalan Allahyarham Nur Farah Kartini ketika belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, pihak media yang hadir membuat liputan dilarang memasuki kawasan tanah perkuburan.

Difahamkan larangan itu dibuat oleh abang mangsa.

Jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Sungai Buloh pada jam 2.05 petang tadi menaiki van jenazah UPSI diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Terdahulu, misteri kehilangan Nur Farah Kartini sejak Rabu minggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *