Wanita parah diseret lori kontena

Wanita parah diseret lori kontena

PUTRAJAYA – Seorang wanita parah diseret sebuah lori kontena sejauh kira-kira 80m dalam kemalangan di bulatan Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Mangsa bersama rakannya yang menunggang motosikal itu tersepit bawah lori berkenaan, manakala pembonceng mengalami kecederaan ringan.  

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, kemalangan itu melibatkan dua wanita yang menunggang sebuah motosikal.

Katanya, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 3.22 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian dan sejurus tiba, anggota bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal.

“Seorang dari mangsa yang terjatuh dan tersepit di bawah tayar lori kontena itu cedera parah dan dikeluarkan anggota bomba. Rakannya hanya cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa berusia 25 dan 39 tahun dibawa ke Hospital Cyberjaya dengan EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *