Durian runtuh menanti juara Euro 2024

Durian runtuh menanti juara Euro 2024

LONDON – Euro 2024 akan berlangsung di Olympiastadion, Berlin, awal pagi Isnin ini dengan Sepanyol memburu gelaran keempat, sekali gus menjadi pasukan paling berjaya di Eropah sementara England mengimpikan gelaran Eropah pertama mereka.

Memenangi gelaran Euro bukan sahaja menjadi pencapaian yang berprestij, namun pasukan juga berpeluang mendapat ‘durian runtuh’ selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM1.68 bilion untuk dikongsi antara 24 pasukan bertanding.

Juara berpotensi membawa pulang RM145 juta, bergantung kepada persembahan mereka sepanjang kejohanan, di mana juara Euro 2024 akan mendapat RM40 juta, manakala naib juara sebanyak RM25 juta.

Jika Sepanyol menjulang Euro 2024, mereka akan membawa pulang RM145 juta sementara England bakal meraih RM140 juta.

Bagaimanapun hadiah kemenangan dibahagikan mengikut peringkat pertandingan:

Penyertaan: Setiap pasukan akan menerima RM47.2 juta selepas bertanding di Euro 2024.

Peringkat kumpulan: Pasukan akan mendapat RM5 juta untuk setiap kemenangan dan RM2.5 juta jika seri

Peringkat kalah mati: Pasukan akan mendapat RM7.64 jika layak ke pusingan 16 terbaik

Suku akhir: RM12.7 juta

Separuh akhir: RM20.3 juta. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *