Final Euro 2024 sepintas lalu

Final Euro 2024 sepintas lalu

LONDON – Selepas mengharungi 50 perlawanan, Euro 2024 menghampiri kemuncaknya apabila Sepanyol dan England akan membuat perhitungan, awal pagi Isnin ini.

Sepanyol memburu gelaran Eropah keempat mereka sementara England akan beraksi di pentas final Eropah buat kali kedua berturut-turut.

Berikut perkara yang anda perlu tahu mengenai final:

Di mana dan bila final Euro 2024?

Jam 9 malam waktu tempatan di Olympiastadion, Berlin (3 pagi waktu Malaysia)

Pasukan mana jadi pilihan?

Sebagai satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus kemenangan, Sepanyol muncul pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan.

Apa akan berlaku jika aksi berakhir dengan seri?

Jika kedua-dua pasukan terikat dalam tempoh 90 minit, masa tambahan selama 15 minit bagi setiap babak akan dimainkan dan jika masih terikat, penentuan sepakan penalti akan diadakan.

Berapa banyak hadiah kemenangan?

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan membayar RM1.68 bilion secara keseluruhan kepada semua 24 pasukan bertanding.

Jumlah maksimum boleh diterima pasukan juara jika mereka menang semua tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka adalah RM143 juta.

Siapa penjaring terbanyak?

Enam pemain terikat dengan tiga gol iaitu Cody Gakpo (Belanda), Harry Kane (England), Georges Mikautadze (Georgia), Jamal Musiala (Jerman), Dani Olmo (Sepanyol) and Ivan Schranz (Slovakia).

Hanya Kane dan Olmo beraksi di final.

Rekod pertembungan kedua-dua pasukan?

Sepanyol menang 10

England menang 13

Seri empat perlawanan

Bagaimana mereka mara ke final?

Sepanyol

Menang 3-0 ke atas Croatia pada aksi Kumpulan B

Menang 1-0 ke atas Itali pada aksi Kumpulan B

Menang 1-0 ke atas Albania pada aksi Kumpulan B

Menang 4-1 ke atas Georgia pada aksi pusingan 16

Menang 2-1 ke atas Jerman pada suku akhir

Menang 2-1 ke atas Perancis pada separuh akhir

England

Menang 1-0 ke atas Serbia pada aksi Kumpulan C

Seri 1-1 dengan Denmark pada aksi Kumpulan C

Seri 0-0 dengan Slovenia pada aksi Kumpulan C

Menang 2-1 ke atas Slovakia selepas masa tambahan pada aksi pusingan 16

Menang 5-3 ke atas Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti pada suku akhir

Menang 2-1 ke atas Belanda pada separuh akhir. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *