KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Papagomo ditangkap polis selepas selesai prosiding perbicaraan hari kedua bagi kes menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, anak guamnya telah ditahan di luar mahkamah oleh dua pegawai polis dari Bukit Aman.
“Mereka dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi dan saya diberitahu ia merupakan arahan daripada pihak atasan.
“Terdapat laporan polis dibuat terhadapnya, mengikut Akta Hasutan 1948,” kata peguam itu menerusi kenyataan media.
Beliau berkata, kemungkinan besar anak guamnya ini akan direman di IPD itu pada pagi Sabtu.
Pada Khamis dan Jumaat, bekas Exco Pemuda UMNO itu hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes yang dihadapinya.
Pada 8 Januari lalu, Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook.
Dia didakwa menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada jam 1 tengah hari, 8 November tahun lepas. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252