Ambulans KKM terbabas, dua cedera parah

Ambulans KKM terbabas, dua cedera parah

IPOH – Dua parah, dua cedera ringan apabila ambulans yang mereka naiki terbabas masuk parit dalam kejadian dekat Plaza Tol Kamunting, dekat sini, awal pagi ini.

Ambulans milik Kementerian Kesihatan itu dalam perjalanan ke Taman Berkat, Kamunting sebelum pemandunya gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas.

Menurut Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, PBK II Muhamad Nurmuizzuddin Ahmad Hamide, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.30 pagi.

Katanya, sebuah kenderaan ambulan Hospital Parit Buntar telah terbabas ke dalam parit dekat Plaza Tol Kamunting menghala ke Taman Berkat, Kamunting, Perak.

“Seramai lapan anggota BBP Kamunting telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan pada jam 3.30 pagi

“Terdapat empat mangsa terlibat dalam kejadian itu yang menaiki ambulan tersebut.

“Seorang lelaki telah dikeluarkan daripada kenderaan itu dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita mengalami kecederaan ringan dan selebihnya cedera parah.

Kata beliau, tiga mereka telah dikeluarkan dari kenderaan ambulans itu oleh pasukan bomba.

Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping dengan kenderaan Unit EMRS dan kenderaan ambulan KKM bagi mendapatkan rawatan segera. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *