BUKIT GANTANG – Boleh masuk semula, tapi jadi ahli biasa sajalah dan kena ikrar tak boleh lompat sana lompat sini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata demikian berhubung status Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Katanya, sesiapa saja yang pernah dibuang atau keluar parti UMNO dan mahu menyertainya semula kena melalui prosedur tersendiri yang ditetapkan.
“Tak kira siapa saja, walaupun dia dia pernah ingkar arahan parti selama dua penggal sekali pun kita boleh terima.
“Tetapi hanya jadi ahli biasa saja dan perlu ikut prosedur yang ditetapkan dan perlu berikrar,” katanya dipetik Harian Metro dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di Hotel Taiping Perdana hari ini.
Terdahulu Syed Abu Hussin antara enam Ahli Parlimen yang dibuang dari Bersatu kerana memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Semalam media melaporkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui menerima banyak permohonan dari bekas ahli yang mahu menyertai semula parti itu.
Menurutnya, perkara terbabit kini dibawa ke Lembaga Disiplin untuk ditentukan keahlian mereka. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252