BERITA UTAMA
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK

Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan, terjalin menerusi sejarah panjang dan diperkukuh oleh ikatan persaudaraan yang erat.

Jelasnya, penyertaan Britain dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) melebarkan lagi jalinan perkongsian ekonomi kedua negara, lapor AWANI.

Peraturan pertahanan lima kuasa berfungsi juga disifatkan sebagai asas untuk keselamatan bersama serta meningkatkan kestabilan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang lebih erat.

Parti Buruh yang diketuai oleh Starmer memenangi majoriti di Parlimen di mana ia memperoleh lebih 326 kerusi daripada 650 kerusi, sekaligus boleh membentuk kerajaan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *