BERITA UTAMA
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit

Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit

IPOH – Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Ismail Mat Saari, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pada jam 6.58 petang, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal terbabas.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan galah sawit yang dibawa bersama mangsa terpelanting dan tertusuk di bahagian belakang badannya,” katanya.

Juna berkata, mangsa ditemui dua orang awam di tepi parit dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Tambahnya, pihak ambulans yang sampai ke tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasatan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan perut tertembus,” ujarnya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Fazri Abdul Aziz di talian 05-7212222 atau 013-7111923. -ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *