BERITA UTAMA
Fadillah Yusof

Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan kepada Ahli Parlimen – Fadillah

SERDANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan daripada kerajaan Persekutuan kepada ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan.

Beliau berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.

“Ahli Parlimen, peranannya ialah untuk koordinasikan peruntukan itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Banci Pertanian 2024, di sini hari ini.

Mei lepas Fadillah dilapor berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Sebaik sahaja draf terbabit siap, beliau berkata ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *