BERITA UTAMA
Status perkahwinan Cleopatra, Bakri Zinin 14 Ogos

Status perkahwinan Cleopatra, Bakri Zinin 14 Ogos

KUALA LUMPUR – Keputusan pengesahan sama ada berlaku perkahwinan atau sebaliknya membabitkan bekas calon kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Cleopatra dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, ditangguhkan ke 14 Ogos ini.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 30, berkata, mahkamah menetapkan satu tarikh lain, lapor Berita Harian.

“Sebelum ini mahkamah menetapkan keputusan diketahui hari ini, namun hakim memutuskan tarikh lain untuk keputusan lengkap.

“Ia berkaitan permohonan pengesahan sama ada wujud atau tidak perkahwinan itu,” katanya ditemui di luar mahkamah, sejurus prosiding yang dibuat secara dalam kamar, di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

Beliau berkata, anak guamnya mengulangi pendirian bahawa dia tidak pernah ke Thailand dan mahu mahkamah memberi keputusan mengikut hukum syarak.

Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd Bakri, 70, turut mengesahkan perkara sama, bahawa tiada pernikahan berlaku antara anak guamnya.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Nur Fathiah, menyangkal dakwaan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Bakri.

Nur Fathiah berkata, bekas pegawai polis tertinggi itu juga bukan merupakan pengerusi kepada anak syarikat miliknya.

Sebelum itu, Nur Fathiah telah memuat naik gambar dirinya dan Bakri di Instagram ketika mereka menghadiri konsert ‘Senandung Nusantara Ethnochestra oleh Erwin Gutawa dan Jay Subyakto’.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah gambar tersebut turut menerima banyak ucapan tahniah daripada orang ramai. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *