Southgate kunci mulut pelan England

Southgate kunci mulut pelan England

COLOGNE, Jerman – Pengurus England, Gareth Southgate enggan mendedahkan sama ada beliau akan membuat rombakan bagi perlawanan menentang Slovenia pada Euro 2024 awal pagi Rabu ini susulan laporan media mengenai perubahan di bahagian tengah.

Ketika England mengungguli Kumpulan C dengan empat mata dan hampir pasti layak ke pusingan kalah mati, anak buah Southgate teruja untuk melakar kemenangan selepas permulaan hambar dan ada spekulasi Conor Gallagher akan bermula di tempat Trent Alexander-Arnold di tengah.

“Baiklah, saya tidak akan memberi butiran apabila lawan mendengar,” kata Southgate kepada wartawan sebentar tadi.

“Saya boleh duduk di sini bercakap semahu saya tetapi ia tidak relevan hingga kami turun ke padang dan memperagakan permainan kami.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sudah tentu, penting untuk menjawab soalan (pemain dan taktikal) seteliti yang saya mampu. Tetapi akhirnya, saya akan dinilai dengan cara pasukan bermain dan saya faham serta selesa dengannya.”

Kebanyakan kritikan dilemparkan terhadap England berkisar dengan “eksperimen” Southgate meletakkan pertahanan berbakat Liverpool, Alexander-Arnold di samping Declan Rice di tengah.

Southgate, yang jarang sekali melakukan perubahan tergesa-gesa, memasukkan Gallagher menggantikan Alexander-Arnold sembilan minit selepas rehat ketika mereka seri 1-1 dengan Denmark pada perlawanan terdahulu.

“Kami amat jelas kami perlu bermain lebih bagus,” kata Southgate. “Kami tidak menyembunyikan hakikat itu… jadi laluan ke hadapan agak mudah untuk diserlahkan.”

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap masalah di bahagian tengah, Rice berkata usaha itu tidak boleh diperlekehkan.

“Saya sudah melihat pemain yang memberikan segala-galanya walaupun ia tidak berjalan seperti yang kami mahukan setakat ini,” katanya. “Saya rasa itu tidak boleh dirunding apabila anda menyarung jersi England.

“Sudah tentu, kami mahu lebih menguasai permainan. Tetapi anda akan menentang pemain bertaraf dunia sekarang sepanjang masa,” katanya. – REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *