NIBONG TEBAL – Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata, ini kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.
“Betul tiada pengundian awal, semua telah memohon untuk undi pos,” katanya secara ringkas kepada Bernama ,menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kertas undi pos kepada semua yang terlibat esok dan kertas itu boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) pada 2.30 petang.
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252