BERITA UTAMA
Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai

Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai di Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay di sini petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus Sainkui berkata mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada 3.05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari berkaitan mangsa dibaham buaya ketika mandi di sungai.

“Susulan itu, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah mencari di permukaan air.

Operasi SAR, katanya turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *