BERITA UTAMA
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan

KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil diingatkan supaya kekal di landasannya sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan susulan terlampau mengempar-gempurkan pengumuman berhubung penurunan harga telur, baru-baru ini.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan di media sosial.

“Sepatutnya pengumuman ini adalah berita yang bagus, mendapat sokongan rakyat, meningkatkan sokongan terhadap kerajaan dan juga PMX.

“Tetapi oleh kerana kecelaruan daripada jurucakap kerajaan, yang tergedik-gedik sangat nak buat pengumuman tentang pengumuman (penurunan harga telur) ini.

“Saya dah cakap banyak kali, Fahmi kekal dalam landasan. Tidak perlu umum segala benda dalam dunia ini,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Khamis.

Pada Sabtu, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan.

Pada Isnin, Anwar dalam kenyataan berkata, kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Menurut beliau, penurunan itu menyaksikan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin.

Ujar Khairy, pengumuman Fahmi mengenai penurunan harga telur ayam 3 sen sebiji itu seolah-olah memberi isyarat kepada rakyat bahawa ia sesuatu perkara sangat besar.

“Memang ada kesan, memang ia membantu tetapi tidak ada besar sangat. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan sebab bantu tetapi ia tidaklah satu pengumuman yang gah,” ujarnya. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *