Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu

Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU – Sebuah bas ekspres terbabas dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam tadi.

“Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *