BERITA UTAMA
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'

Isyarat baharu MH370: ‘Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah’

SHAH ALAM – “Tiada apa yang berubah”. Itulah jawapan keluarga mangsa tragedi MH370, Intan Maizura Othaman, 44, berhubung dakwaan terdapat penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.

Isteri kepada pramugara, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan itu berkata, sudah 10 tahun berlalu, walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Kami telah menangani perkara ini untuk seketika sekarang dan ia tidak menjadi lebih baik,” katanya dipetik Sinar Harian.

Media pada Rabu melaporkan, penyelidik Britain mendedahkan isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.

Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

Bagaimanapun Intan Maizura berkata, dia berasa pelik apabila terdapat pihak mula membuat dakwaan tersebut tanpa sebarang bukti.

“Mereka mengatakan bahawa selepas 10 tahun, hidrofon mengambil isyarat. Saya tertanya-tanya sama ada pengesan ini sangat canggih atau Boeing 777 berteknologi tinggi sehingga masih boleh menghantar isyarat.

“Sedangkan apa yang saya tahu pemancar yang dipasang pada ekor Boeing 777 sepatutnya diaktifkan apabila berlaku kesan Gforce dan menghantar isyarat sebaik sahaja pesawat itu terhempas.

“Malangnya, isyarat tersebut tidak bertahan selama 10 tahun dan itupun jika pesawat benar-benar terhempas,” ujarnya.

Menurutnya, amat penting untuk mengesahkan tuntutan dengan bukti bagi mengelakkan kenyataan yang tidak berasas. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *