BERITA UTAMA
Kumpulan EPB terbit 71,570,000 Saham Biasa Baharu

Kumpulan EPB terbit 71,570,000 Saham Biasa Baharu

KUALA LUMPUR – EPB Group Berhad (EPB) dan kumpulan anak syarikatnya (Kumpulan EPB), pembekal sehenti bagi penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn. Bhd. (Malacca Securities) untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

IPO sebanyak 71,570,000 saham biasa baharu atau 19.24 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian dengan tawaran untuk jualan sebanyak 40,000,000 saham biasa atau 10.75 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian.

Untuk langganan orang awam Malaysia diperuntukan 19,570,000 Saham Terbitan, atau 5.26 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui cara pengundian, yang 50 peratus daripada peruntukan ini mewakili 9,785,000 Saham Terbitan akan disediakan kepada pelabur awam bumiputera.

Manakala 21,196,000 Saham Terbitan atau 5.70 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disimpan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja yang layak dan sekutu perniagaan (termasuk mana-mana orang lain yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan EPB) (Peruntukan Borang Merah Jambu).

Penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebanyak 30,804,000 Saham Terbitan, atau 8.28 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan pelabur bumiputera yang diluluskan MITI melalui penempatan persendirian.

Sebanyak 40 juta saham biasa untuk penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan MITI dan dipecahkan seperti, 15,696,000 Saham Tawaran atau 4.22 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan kementerian itu.

Baki 24,304,000 Saham Tawaran atau 6.53 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur terpilih.

Menurut Perjanjian Penaja Jaminan, Malacca Securities akan menaja jamin 19,570,000 Saham Terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia dan 21,196,000 Saham Terbitan disediakan bagi permohonan di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu.

Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, visi syarikat adalah untuk meluaskan rangkaian pasaran dan meningkatkan penawaran perkhidmatan dalam sektor jentera pemprosesan serta pembungkusan makanan.

“IPO ini merupakan langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Malacca Securities untuk memudahkan penyenaraian kami di Pasaran ACE Bursa Securities.

“Pada masa akan datang, Kumpulan merancang mengembangkan barisan produk kami, terutama automasi robotik dalam industri pembuatan makanan,” katanya di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn. Bhd., Lim Chia Wei menambah, pihaknya amat berbangga dapat membantu Kumpulan EPB dengan IPOnya yang akan datang.

“Pendekatan komprehensif Kumpulan EPB untuk menyampaikan penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, digabungkan dengan dorongan berterusan untuk inovasi dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap keperluan pelanggan, menetapkan asas yang kukuh untuk perkembangan masa depan.

“Dengan rekod prestasi membanggakan sejak 1992 dan pasukan berpengalaman, EPB Group Berhad dengan serba lengkap boleh mengemudi landskap dinamik industri makanan dengan baik,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *