BERITA UTAMA
Mayat terakhir mangsa bot panjang karam di Jeram Long Menjawah Sg Rejang dijumpai

Mayat terakhir mangsa bot panjang karam di Jeram Long Menjawah Sg Rejang dijumpai

BELAGA – Mayat terakhir mangsa bot panjang yang karam di kawasan Jeram Long Menjawah Sungai Rejang ditemui mati terapung oleh orang awam awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa kedua dan terakhir itu yang dikenali sebagai Rhuban Apparoo, 30, ditemukan terapung pada jarak 18 meter dari lokasi bot terbabit karam pada jam 8.22 pagi, lapor Harian Metro.

“Mayat dibawa ke Jeti Belaga sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mayat mangsa yang terakhir ini sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga pada jam 10 pagi,” katanya.

Mangsa pertama, Balavishnu Permaloo, 36, ditemukan dijumpai orang awam terapung di tengah sungai pada jarak 50 meter dari lokasi bot karam.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang Ahad lalu, empat rakan sekerja dikatakan sedang bersiar-siar dengan bot panjang yang disewa dikendalikan seorang jurumudi tempatan.

Bagaimanapun bot terbabit karam akibat dipukul ombak kuat jeram menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai Kedah hanyut dibawa arus deras.

Dua lagi rakan mangsa dan jurumudi terbabit dilaporkan selamat. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *