PERTUBUHAN Skuad Bakti Malaysia (PSBM) mengorak langkah ke Selatan Thailand dengan menyumbang lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk memerlukan di Kampung Lang Gu Satun.
Lembu itu disembelih pada selepas selesai solat sunat Aidiladha pagi Isnin lalu oleh penduduk setempat dengan dihadiri wakil PSBM, Kapten (B) Che Sarip.
Menurut Presiden PSBM, Datuk Seri Ramle Mat Daly, sumbangan itu sebagai mengeratkan silaturahim dengan penduduk Kampung Lang Gu Satun, selain memperkenalkan secara dekat NGO itu.
“Sejarah PSBM sekali lagi tercipta dengan menganjurkan ibadat korban untuk penduduk kampung ini di Selatan Thailand.
“Tujuan kami antara lain untuk melihat masyarakat di sini dapat menikmati daging korban dan di samping mengeratkan silaturahim umat Islam kedua negara,” katanya di sini, hari ini. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252