KUALA LUMPUR – Tex Cycle Technology (M) Berhad (Tex Cycle), penyedia penyelesaian pengurusan sisa dan kitar semula mengumumkan pemerolehan strategik ke atas keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Meridian World Sdn. Bhd. (Meridian World) dengan nilai RM55 juta.
Pengambilalihan itu termasuk jaminan keuntungan yang kukuh sebanyak RM12 juta untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) dan tahun kewangan 2025 (TK2025), mengukuhkan komitmen Kumpulan terhadap pertumbuhan dan kemampanan kewangan.
Pemerolehan ke atas Meridian World meningkatkan keupayaan Kumpulan dengan ketara, terutama dalam pemprosesan kimia dan pengurusan air sisa.
Portfolio perkhidmatan Meridian yang teguh, termasuk kemudahan pemulihan sisa berjadual mereka dan teknologi kejuruteraan alam sekitar termaju, melengkapkan perkhidmatan pengurusan sisa Tex Cycle sedia ada.
Penggabungan ini membolehkan Tex Cycle menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif, meliputi aspek pengurusan sisa dan alam sekitar yang lebih meluas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass a/l Anthony Francis berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengumumkan pemerolehan strategik Meridian World, satu langkah yang meningkatkan keupayaan perkhidmatan dengan ketara merentasi spektrum pengurusan alam sekitar.
“Meridian World membawa kepada Tex Cycle adalah pakar dalam pemprosesan bahan kimia dan pengurusan sisa terjadual, sekali gus melengkapkan perkhidmatan teras kami dengan sempurna dan menyelaraskan dengan objektif kemampanan ini.
“Pemerolehan tersebut bukan sahaja meluaskan jangkauan operasi, tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Teruja dengan sinergi yang dicipta oleh perkongsian ini dan yakin akan memacu nilai yang besar untuk pemegang kepentingan dan menyumbang secara positif kepada matlamat alam sekitar Malaysia,” katanya di sini, hari ini.
Ditubuhkan pada 1995, Meridian World berdiri sebagai pemain terkenal dalam penyelesaian kejuruteraan alam sekitar dan perkhidmatan perundingan, pakar dalam kawalan pencemaran air sisa dan udara serta pengurusan sisa yang komprehensif.
Terkenal dengan kepakaran pemprosesan kimia mereka, Meridian World mengendalikan kemudahan pemulihan sisa berjadual berlesen penuh yang mengendalikan segala-galanya daripada pengumpulan dan pengangkutan sisa kepada pemulihan besi buruk yang tercemar dengan minyak atau pelarut.
Gary Dass menambah dengan menggabungkan penyelesaian pengurusan sisa inovatif Meridian, Tex Cycle kini boleh memenuhi keperluan industri yang lebih luas.
“Peningkatan strategik ini bukan sahaja meluaskan keupayaan operasi Tex Cycle, tetapi juga mengukuhkan kedudukan pasarannya, membuka jalan bagi peningkatan inovasi, kecemerlangan operasi dan pertumbuhan dalam industri pengurusan alam sekitar,” katanya. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252