Lawrence Wong

PMX terima kunjungan sulung PM Singapura

HARI ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena lawatan kerja sulung beliau ke Malaysia.

Lawatan itu adalah atas jemputan Anwar selepas Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei lalu.

Momen bersejarah di Kompleks Seri Perdana itu dipahat dengan pertemuan empat mata selama lebih sejam sambil membincangkan usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu global yang mempunyai kepentingan bersama.

Dalam sidang media bersama, Anwar berharap isu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Kedua mereka juga senada untuk memuktamadkan projek yang melibatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan projek Rapid Transit System Link (RTS Link), selain membayangkan kemungkinan penghantaran guru ke Malaysia bagi pembelajaran bahasa Inggeris dan subjek lain.

Moga lawatan ini akan memperkukuh lagi hubungan dua negara berjiran dalam pelbagai bidang demi situasi menang-menang secara bersama-sama pada masa akan datang. – NasionalDaily

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *