Pemotong rumput maut dihempap pokok

Pemotong rumput maut dihempap pokok

KOTA KINABALU – Seorang lelaki menemui ajal apabila sebatang pokok berhampiran tempatnya memotong rumput tiba-tiba tumbang menghempapnya di Jalan Tebobon, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan pada kira-kira jam 9 pagi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PBK II Saflan Sapri, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan ibu pejabat Bomba negeri.

Katanya, maklumat yang diterima ialah mengenai kejadian pokok tumbang berhampiran sebuah sekolah di Jalan Tebobon.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Anggota Bomba dari BBP Lintas seramai 11 orang telah ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.

“Pokok yang tumbang itu telah menghempap seorang mangsa yang sedang memotong rumput di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anggota Bomba bertindak melakukan kerja memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *