Pegawai kastam cedera tertembak ketika latihan

Pegawai kastam cedera tertembak ketika latihan

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dibawa ke hospital selepas tertembak diri sendiri ketika menyertai latihan menembak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Ya, benar kejadian berlaku tadi… setakat ini, kita terima laporan seorang sahaja cedera dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya ringkas.

Hamzah berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan selepas siasatan selesai. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *