'Nora hiba, tak mampu jawab cerai atau tidak'

‘Nora hiba, tak mampu jawab cerai atau tidak’

KUALA LUMPUR – Kes rumah tangga saya belum selesai, tetapi ‘slowly but surely’, kata pelakon jelita, Nora Danish.

Beliau membuat komen itu apabila ditanya mengenai perkembangan terkini isu rumah tangganya dengan suami, Nedim Nazri yang dilaporkan bergolak.

Nora berkata kepada Harian Metro, buat masa ini tiada sebarang kenyataan baru akan dibuat, sebaliknya bakal berkongsi perkembangan lanjut apabila sudah tiba masa sesuai.

“Saya sudah memberikan kenyataan, jadi tunggu sahaja kata putus yang akan dibuat.

“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan muktamad.

“Terus-terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

“Tunggu sampai tiba masa sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian), semuanya masih dalam proses,” katanya.

Menurut Nora, dia sekali lagi menegaskan pergolakan berlaku tiada campur tangan insan ketiga, sebaliknya, berpunca tiada persefahaman.

“Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan. Jadi, tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

“Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku dalam jalan cerita yang luar biasa,” katanya.

Terdahulu, Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Nedim dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *