BERITA UTAMA
Muncul Individu Berkopiah Putih Mencurigakan Di Apartment Zayn Rayyan

Muncul Individu Berkopiah Putih Mencurigakan Di Apartment Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Tular satu video menunjukkan seorang lelaki berkopiah mengagihkan makanan dan minuman kepada petugas media di tempat polis membawa ibu Zayn Rayyan untuk siasatan lakon semula.

Perbuatan lelaki itu membuatkan netizen curiga dan tertanya-tanya kenapa berada di tempat itu.

Menurut laporan mStar di ruangan komennya juga ada mengaitkan lelaki terbabit dengan kes bunuh kanak-kanak autism.

“Cara dia tunjuk isyarat tangan tu macam ada sesuatu. Cara dia toleh kali kedua tu pun mencurigakan.

“Siasat abang ni, dari mana dia beli makanan tu? Kenapa aku rasa di ani macam takut-takut?

Niat nak bersedekah pun dikata sesuatu. Risau pula orang lain nak bersedekah kepada pengamal media yang berpanas buat liputan kes,” demikian reaksi netizen.

Bagaimanapun, individu berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia sedar dengan tuduhan segelintir netizen dan menganggapnya sebagai gurauan sahaja.

“Tadi, saya tengok siaran langsung (live) liputan kes itu, ada media sebut mereka belum makan. Jadi, saya terus tapau makanan dan minuman, saya hantar dengan motor ke apartment itu.

“Selepas kisah saya agih makanan tular, saya ada perasan juga komen-komen netizen. Saya gelak saja, tak ambil hati pun. Saya tak marah sebab faham netizen mana-mana negara pun macam tu.

“Lagipun, say ani duduk di taman perumahan bersebelahan apartment Zayn Rayyan. Tadi, saya cuma kesiankan media,” ulasnya.

Azmi juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan komen yang bukan-bukan kerana ianya akan mengganggu siasatan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *