Ulang siar video ‘saya ulang.. hari ini menang, esok harga minyak turun’ tidak wajar

Ulang siar video ‘saya ulang.. hari ini menang, esok harga minyak turun’ tidak wajar – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menyifatkan sebagai tidak wajar beberapa pihak mengaitkan langkah penyasaran subsidi diesel dengan ucapan beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakaman video yang menyebut ‘saya ulang… hari ini menang, esok harga minyak turun’ ketika ini sengaja dimainkan semula bagi mengelirukan rakyat.

Katanya, harga minyak ketika itu adalah jauh lebih murah berbanding ketika ini.

Beliau berkata, pada masa itu, harga berkenaan lebih tinggi berbanding pengeluar minyak antaranya Arab Saudi.

“Saya sebut itu tahun 2008 kerana harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen, manakala kita RM1.80.

“Sekarang kos sudah bertambah RM2.05 di Arab Saudi dan kita RM2.95, minyak murah ini hanya di Brunei,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *