BERITA UTAMA
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'

Bakar suami sebab kuat main judi ‘online’

MOJOKERTO – Seorang isteri sanggup membakar suaminya yang juga merupakan anggota polis di kediaman mereka di Kompleks Asrama Polis Polres Mojokerto pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Briptu RDW, 28, sempat dikejarkan ke hospital Kota Mojokerto, namun dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kesan melecur yang teruk.

Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKBP Daniesl S Marunduri, siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.

“Ya, isterinya juga bertugas sebagai polis, kini penyiasat kami sedang menyelidik punca sebenar kejadian dan kronologi insiden itu secara teliti,” katanya lapor media tempatan.

Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan bahawa tindakan itu dilakukan kerana suaminya suka bermain judi dalam talian.

“Wang gajinya habis malah tidak mampu untuk diberikan wang biaya kepada tiga anak mereka,” katanya.

Wanita berkenaan kini telah ditahan polis dan mengalami trauma yang teruk disebabkan oleh perbuatannya. – AGENSI

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *