KUALA LUMPUR – Presto, pengagregat e-dagang kesetiaan pertama dan OldTown White Coffee, rangkaian kopitiam yang diperakui halal, kedua-duanya terbesar di Malaysia berganding bahu memberi penghormatan kepada Team Malaysia Youth All Girl’s (TMYAG) berikutan kejayaan luar biasa dan bersejarah.
Acara yang diadakan di rangkaian OldTown White Coffee Jaya One itu menandakan perjalanan luar biasa TMYAG berikutan memperoleh pingat emas pertama di Piala Sorak Antarabangsa ICU 2024 dan diikuti kemenangan pingat gangsa di Kejohanan Sorak Dunia Remaja ICU 2024 di Orlando, Florida.
Keraian itu menghimpunkan jenama tempatan dan ahli komuniti termasuk rakan kongsi jenama Presto seperti Neucvr, jenama fesyen tempatan dan minuman tenaga SAYS.
Minuman tenaga gaya hidup baharu dan ButterCup iaitu rakan terbaik untuk penjagaan haid, semuanya menyertai meraikan kejayaan atlet.
Persembahan itu menjadi tanda penghargaan dan ganjaran atas kerja keras dan dedikasi mereka.
“Kemenangan ini adalah satu pencapaian penting untuk kedua-dua pasukan dan negara.
“Hari ini, kami telah membawa rakan kongsi jenama kami bersama untuk mempamerkan kuasa kerjasama komuniti dan korporat.
“Dengan bekerjasama ini, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda dan mengukuhkan kepentingan menyokong bakat tempatan,” kata Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran Presto, Prawn Cheng.
Menurut beliau, melihat bakat dan semangat ditunjukkan para belia tempatan sememangnya memberikan inspirasi.
Katanya, sebagai jenama tempatan, pihaknya bangga memupuk bakat tempatan dan menyumbang kepada kejayaan komuniti syarikat.
“Menjadi penyedia F&B utama untuk perayaan ini memberi peluang yang baik untuk kami menyokong atlet hebat ini dan meraikan pencapaian mereka bersama komuniti,” kata Ketua Jenama & Pemasaran OldTown White Coffee, Phan Tsui Suan.
Dengan mempamerkan kerjasama itu, acara berkenaan bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda dan menekankan kepentingan penglibatan komuniti serta korporat dalam pembangunan sukan.
Ia katanya, bukan sahaja meraikan kejayaan TMYAG, tetapi juga mempromosikan nilai menyokong bakat tempatan dan inisiatif sukan, di samping mengukuhkan kepercayaan bahawa sokongan komuniti penting untuk memupuk juara masa depan.
Perjalanan TMYAG daripada memperoleh pingat sorak pertama Malaysia dengan gangsa di Kejohanan Sorak Dunia Remaja ICU 2024 dan sebelumnya meraih emas di Piala Sorak Antarabangsa ICU 2024 adalah bukti dedikasi dan ketabahan mereka.
Kisah kejayaan mereka adalah contoh cemerlang mengenai apa yang boleh dicapai dengan semangat, kerja keras dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan komuniti.
Sambutan kemenangan, yang diadakan di kedai OldTown White Coffee Jaya One adalah acara meriah dipenuhi dengan kegembiraan dan keterujaan.
Turut hadir termasuk atlet TMYAG, jurulatih, Presiden Persatuan Pemandu Sorak dan Pendaftaran Malaysia (CHARM), ketua jawatankuasa, penasihat, ibu bapa dan rakan kongsi jenama Presto. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
cing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.