BERITA UTAMA
Program pemasangan perangkap kamera hidupan liar arboreal

Program pemasangan perangkap kamera hidupan liar arboreal

HIDUPAN liar arboreal adalah haiwan yang menjalani kehidupan seharian di atas pokok.

Selain menggunakan kaedah cerapan langsung melalui pemerhatian dan pencarian aktif, penggunaan perangkap kamera yang diletakkan di atas pokok juga dapat membantu untuk mendapatkan cerapan bagi hidupan liar arboreal ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Luar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menjalankan program pemasangan perangkap kamera bagi mendapatkan cerapan hidupan liar arboreal di Taman Negara Pahang, Sungai Relau.

Pemilihan pokok bagi pemasangan perangkap kamera arboreal ini adalah melalui pemerhatian laluan kanopi dan pokok yang menjadi sumber makanan hidupan liar.

Ketinggian dahan pemasangan perangkap kamera ini antara 15 hingga 29 meter dari tanah.

Pemasangan perangkap kamera arboreal ini telah dijalankan oleh pemanjat pokok terlatih Jabatan PERHILITAN, yang dilakukan di kawasan habitat berkepentingan yang lain bagi mendapatkan cerapan taburan spesies arboreal mengikut lokaliti. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *