BERITA UTAMA
Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini

Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis telah mengarahkan sebuah lori kontena yang baharu tiba di Padang Besar Ahad lalu berpatah balik ke Thailand.

Arahan itu dibuat selepas mendapati kontena yang dibawa masuk ke Malaysia itu berasal dari Israel, lapor AWANI.

Menurut Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, kejadian berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari semalam, selepas kenderaan itu memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

Katanya, ia bertujuan membuat pengikraran Borang K1 bagi melakukan pengimportan dagangan ke dalam negara ini.

“Ketika proses imbasan imej itu, pengendali mesin pengimbas itu mengesan kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

“Kami kemudiannya menahan lori kontena itu bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang lain mendapati kontena itu dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

“Disebabkan itu juga, kami segera mengarahkan lori kontena yang berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama.

“Sehubungan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Mereka malah dinasihatkan agar tidak membabitkan diri dengan aktiviti itu,” katanya.

Beliau berkata, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *