Jangan muatnaik sebarang APK

Polis nasihat orang ramai jangan muat turun sebarang APK

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej dan e-mel, serta hanya berbuat demikian melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Beliau berkata antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan 2023 ialah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui APK yang ditanam “perisian hasad” atau malware bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan terbabit biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ramli berkata akses ini akan membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit.

“PDRM percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi,” katanya. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *