BERITA UTAMA
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim

Bersatu gagal jawab pertanyaan 6 Ahli Parlimen sokong PM

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Parti Bersatu yang menyokong kerajaan Perpaduan mendakwa, sedang menunggu jawapan berkenaan pertanyaan mereka mengenai kesahihan notis diberikan kepada parti itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim memberitahu Buletin Utama TV3 bahawa mereka telah meminta parti Bersatu menjelaskan notis berkenaan, tetapi tidak menerima sebarang jawapan.

Notis itu, katanya, mengandungi arahan untuk setia kepada parti dan menyokong dasarnya serta tidak menyatakan sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mohd Azizi, kumpulan itu telah meminta penjelasan mengenai komposisi jawatankuasa khas yang akan meneliti respons mereka.

Enam Ahli Parlimen terbabit termasuk Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Semalam, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu digugurkan keahlian serta-merta.

Katanya, ini selepas mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Surat arahan itu dikeluarkan bagi mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti, yang dibuat susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan Bersatu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *