CSA ditandatangani selepas lebih lapan sesi rundingan, tumpu reformasi institusi dan kestabilan negara

KUALA LUMPUR – Perjanjian Kerjasama Pembekalan (CSA) bagi memperkukuh reformasi institusi dan kestabilan negara akhirnya ditandatangani selepas lebih lapan sesi rundingan antara kerajaan dan pihak berkaitan sejak 2023.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perjanjian itu mengandungi tiga komitmen utama, termasuk reformasi pelantikan Pendakwa Raya, mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal serta menyediakan peruntukan yang adil kepada kawasan Parlimen pembangkang.

Menurutnya, reformasi pelantikan Pendakwa Raya bertujuan memastikan institusi pendakwaan bebas daripada pengaruh politik, sekali gus mengelakkan kemungkinan tindakan undang-undang digugurkan bagi melindungi pihak tertentu atau digunakan terhadap lawan politik.

Beliau berkata, prinsip undang-undang yang adil perlu terpakai kepada semua pihak tanpa mengira hubungan dengan kerajaan atau kedudukan politik masing-masing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Syed Saddiq turut memaklumkan, beliau terbabit dalam Jawatankuasa Khas yang merundingkan reformasi berkenaan selama kira-kira enam bulan.

Katanya, beliau akan menyokong pindaan berkaitan apabila dibentangkan di Parlimen demi kepentingan dan masa depan negara.

Komitmen kedua pula membabitkan cadangan mengehadkan tempoh seseorang Perdana Menteri kepada dua penggal, tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.

Menurut beliau, had berkenaan perlu dilaksanakan secara sama rata kepada mana-mana individu yang memegang jawatan tertinggi kerajaan bagi memastikan prinsip itu tidak bergantung pada identiti atau parti seseorang pemimpin.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, komitmen ketiga menyentuh soal peruntukan yang adil kepada kawasan Parlimen pembangkang, termasuk bagi membolehkan bantuan kebajikan disalurkan kepada rakyat tanpa dipengaruhi kecenderungan politik mereka.

Kata Syed Saddiq, penduduk Muar dijangka menerima semula peruntukan kebajikan yang menurutnya telah lama dinantikan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak sepatutnya dinafikan bantuan hanya kerana memilih wakil rakyat daripada parti pembangkang.

Dalam masa sama, beliau meminta supaya mekanisme pemberian peruntukan secara adil itu dimaktubkan dalam undang-undang, bukan sekadar bergantung pada persetujuan atau budi bicara kerajaan yang sedang memerintah.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan prinsip berkenaan terus terpakai kepada pentadbiran akan datang.

Bagi kawasan Parlimen Muar, beliau turut menegaskan komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan peruntukan serta pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat.

Syed Saddiq merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; serta Tengku Zafrul atas peranan mereka dalam menjayakan usaha berkenaan.

Beliau berkata, perbezaan parti politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama sekiranya matlamatnya adalah untuk memberikan manfaat kepada rakyat dan mengutamakan kepentingan negara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *